Rantai perlu sentiasa berminyak

BANYAK punca menyebabkan rantai menjadi putus dan tidak tahan lama. Antaranya pemilik kurang memberi penjagaan terhadap keadaan rantai sehingga menyebabkannya kering, menunggang dengan laju selain memotong rantai yang semakin haus.Perkara ini menyebabkan fungsi rantai bersama gegancu terganggu dan mudah putus akibat geselan yang tidak sempurna.

Penjagaan rantai sangat mudah dan pemilik perlu memastikan ia sentiasa berminyak dan tidak kering. Antara faktor menyebabkan rantai mudah kering disebabkan sering terkena air.Sekiranya rantai menjadi kering, ia cepat panas dan cepat haus hingga menyebabkan menjadi longgar.Rantai yang kering atau rosak selalunya berdesing atau tersangkut dan sekiranya ia berlaku, periksa dulu pin sambungan rantai atau setiap sambungan.Sentiasa minyakkan rantai dengan minyak bersih dan elakkan daripada menggunakan minyak hitam kerana mungkin mengandungi bahan logam haus dari enjin.Bersihkan rantai selepas melalui jalan yang berhabuk kerana debu jalanan yang melekat pada rantai mempercepatkan kehausan serta memendekkan usia rantai dan gegancu anda.Rantai yang memanjang melebihi had juga perlu ditukar dan tidak digalakkan memotong rantai dan menyambungnya semula.Jarak terbaik untuk menukar rantai adalah sekitar 60,000 kilometer, bergantung kepada faktor tunggangan dan keadaan persekitaran.Oleh itu, pemilik hendaklah sentiasa memeriksa rantai dan pastikan operasinya licin dan senyap apabila memusingkan tayar belakang.Setiap motosikal mempunyai penanda kehausan rantai pada hujung gandar atau axle belakang.

Apabila melaras rantai, perhatikan tanda berkenaan atau jika tiada tanda, memadai dengan memerhatikan sama ada skru pelaras habis dipusing, tetapi rantai masih kendur, maka tukarlah rantai anda.Satu lagi tanda kehausan rantai dan perlu ditukar apabila ia tidak lagi sama muat dengan gegancu (sprocket) anda.Ini menyebabkan ia bergesel dengan kuat sehingga menghasilkan bunyi bising serta boleh menyebabkan kemalangan akibat rantai beralih daripada gegancu.

thrasher115

No comments:

Instagram