Tukar minyak hitam elak geseran pada enjin

MINYAK hitam memang perlu ditukar untuk memastikan pelinciran yang baik. Minyak pelincir yang terlalu lama akan mengalami proses penguraian dipenuhi dengan kotoran dan logam terhakis akibat proses geseran yang berlaku apabila enjin beroperasi.Kandungan sulfur dan asid turut bertambah dan menyumbang kepada kehausan enjin yang tinggi. Kandungan sulfur dan proses penguraian minyak ini menyebabkan minyak pelincir hilang daya pelinciran dan menjadi cair.Ini dipercepatkan oleh haba yang dialami minyak sewaktu enjin beroperasi dan minyak pelincir menyumbang kepada proses penyejukan enjin.
Ia menyebabkan paras minyak menjadi rendah dan enjin cepat panas, begitu juga jentera yang menggunakan minyak pelincir lama.Ada jentera yang lebih besar kuasanya yang menggunakan sistem penyejukan minyak bagi menyumbang kepada proses penyejukan enjin.Memang ada yang mengatakan pelinciran enjin dua lejang seperti Yamaha RXZ banyak bergantung kepada minyak pelincir 2T, tetapi tidak harus dilupakan bahawa minyak pelincir 4T diperlukan bahagian enjin yang lain seperti kotak gear yang mengalami bebanan agak berat sewaktu operasi enjin.
Oleh itu, janganlah melambatkan penukaran minyak pelincir kerana ia merugikan anda sendiri. Tukarlah minyak pelincir anda dengan yang baru setiap 5,000 kilometer (km) perjalanan atau paling lewat enam bulan daripada tempoh servis terdahulu.

thrasher115

No comments:

Instagram