Saturday, August 22, 2009

Rim sport lebih teguh

MASALAH tayar pancit mungkin disebabkan terdapat benda asing di dalam tayar hingga menyebabkan tiub mengalami kebocoran.Ada masanya, tayar yang mengalami kerosakan menyebabkan dawai halus pada ruang dalam tayar terkeluar sehingga kerap mengalami kebocoran tayar. Periksa dengan mekanik apabila menukar tiub atau tayar baru.Tidak dinafikan penggunaan rim sport lebih baik berbanding rim keluli yang dibekalkan pada motosikal baru kerana ia berat.Binaan rim sport lebih teguh dan mengurangkan kemungkinan ia berubah bentuk apabila dalam keadaan yang ekstrim.Perubahan ini memang tidak dapat dilihat dengan mata kasar dan berlaku hanya sekejap saja sewaktu membelok, namun akan dapat dirasakan.Pemilihan rim sport membolehkan penggunaan tayar tidak bertiub yang jauh lebih teguh dan selamat untuk tunggangan seharian.Tayar tidak bertiub lebih tahan lama dan selamat berbanding tayar menggunakan tiub. Ini kerana tayar berkenaan jika bocor tidak kehilangan angin secara mendadak hingga menyebabkan hilang kawalan motosikal.Kualiti campuran getah tayar tidak bertiub juga lebih baik berbanding tayar tidak bertiub kerana ia direka untuk menyimpan tekanan angin dalam tayar.Penggunaan sport rim lebih ringan sebenarnya meningkatkan kuasa motosikal kerana peningkatan nisbah kuasa-ke-berat (power-to-weight ratio). Kuasa yang sedia ada dapat menggerakkan motosikal dengan lebih baik kerana berat bebanan keseluruhan menurun.

0 comments:

About This Blog

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP